My Digital Board

Salam Lebaran

Salam Lebaran
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga KEMAS seluruh negara

Wednesday, September 16, 2009

Bengkel Perhubungan Sesi 02/2009

Pada 10 April 2009, Unit Perhubungan KEMAS Kawasan Ayer Hitam telah sekali lagi berjaya mengadakan Bengkel Perhubungan Pemaju Masyarakat di Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Masyarakat Sri Gading. Bengkel pada kali ini, kami menjemput YBhg. Drs. Md. Marsidi Bin Katong, Penolong Pengarah KEMAS Negeri Johor dan En. Nasharuddin Bin Abdul Rahman, Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Negeri Johor. Di dalam sesi ini juga, kami berpeluang berkongsi pengalaman bersama Pn. Rosmah Binti Masrom, Penyelia Bina Insan KEMAS Ayer Hitam semasa menjalankan tugas di Bukit Gantang, Perak. Semoga semua info yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.



Bengkel Perhubungan Pemaju Masyarakat KEMAS Ayer Hitam Sesi 01/2009

Pada 13 Mac 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sri Gading, Unit Perhubungan KEMAS Kawasan Ayer Hitam telah mengadakan Bengkel Perhubungan Pemaju Masyarakat. Dalam bengkel ini, Pemaju Masyarakat diberikan latihan tugasan dalam Unit Perhubungan. Harapan kami agar semua Pemaju Masyarakat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Tiada lagi laporan yang akan dibakulsampahkan.
Cik Suparati Binti Ngadino memberikan taklimat kepada semua



Apalah yang lucu sangat tuh suraya?? Lepas nie takde nya nak senyum2..ada surprise..

Masing-masing sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada kertas ujian yang disediakan oleh Penyelia Perhubungan Parlimen. Haaa...kan dah takde senyum-senyum..

Best nyer Makan KFC..Nyum Nyum

Bakal atlet negara.. sangat gembira apabila para penyelia KEMAS Kawasan Ayer Hitam belanja makan di KFC Parit Raja. Mereka diraikan kerana mewakili KEMAS Daerah Batu Pahat dalam acara Galah Panjang, Bola Jaring dan Rounders bagi Hari Potensi Peringkat Negeri Johor.

Habiskan tau semua makanan tuh.. jangan membazir.. hehhehe

YB Datuk Samsolbari bin Jamali, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semarang turut meluangkan masa untuk meraikan kejayaan anak-anak TABIKA KEMAS Ayer Hitam. YB Datuk turut bermurah hati menaja jersi kepada anak-anak yang mewakili KEMAS Negeri dalam acara Rounders. Terima Kasih atas keprihatinan YB Datuk.

Masa untuk pulang... sebelum pulang, salam dan ucapkan terima kasih.

Bengkel Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) Daerah Batu Pahat













Bengkel Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) KEMAS Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 24-25 April 2009 bertempat di Hotel Landmark, Batu Pahat. Sebanyak 9 buah kampung Ber JKKK telah terlibat. Pemimpin kampung telah didedahkan dengan penyediaan profile kampung dan pelan tindakan pembangunan kampung. Harapan kami agar selepas ini, dapatlah semua kampung di Daerah Batu Pahat menyediakan profile kampung yang lengkap. Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Tuesday, September 15, 2009

Program Gerak Mesra DUN Semarang





























Tanggal 13 Jun 2009 bermula seawal jam 8.00 pagi, program Gerak Mesra KEMAS Kawasan Ayer Hitam telah dilaksanakan. Kampung Parit Simpang Sikon dipilih bagi mewakili DUN Semarang. Pelbagai acara telah dilaksanakan yang mellibatkan pelbagai peringkat usia. Meriah sungguh!! Penduduk di kampung ini memang 'sporting'. Sebenarnya, penduduk kampung telah memulakan program Gerak Mesra pada 12 Jun 2009. Mereka adakan pertandingan memancing dan pada sebelah malamnya diadakan pertandingan Galah Panjang. Menurut Kak Ros, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Semarang..macam-macam ragam penduduk kat sini, kelakar pun ada, tapi mereka seronok sangat. Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan mewarna, sukaneka dan masakan.

Program Gerak Mesra DUN Yong Peng















Pada 06 Jun 2009, KEMAS Kawasan Ayer Hitam telah melaksanakan Program Gerak Mesra di Kampung Parit Awang, Yong Peng. Progam ini melibatkan pelbagai peringkat usia. Antara acara yang dijalankan adalah pertandingan sukaneka, pertandingan masakan dan kuiz kenegaraan. Pendudk Kampung Parit Awang sangat seronok dengan program yang kami laksanakan sehingga memohon agar KEMAS Ayer Hitam dapat melaksanakan program-program yang lain di sini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pn. Siti Zakiah Binti Kayin, Pegawai KEMAS Daerah Batu Pahat. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Parit Awang yang sudi menerima kehadiran KEMAS dan menyambut baik program-program KEMAS.

p/s Alhamdulillah, insyaallah kami akan berkunjung lagi di Kampung Parit Awang.